sumber:www.mygosip.com

Din Beramboi meninggal dunia takziah buat keluarga Din Beramboi

Artis Malaysia gosip artis

Din Beramboi meninggal duniaPagi kami dikejutkan dengan berita pemergian Din Beramboi yang telah selamat ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.. Setelah hampir satu jam bertarung dengan penyakitnya, Din Beramboi akhirnya disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang kerana disyaki menghidap denggi berdarah .. Pemergian Din Beramboi disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.. Din Beramboi meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain..

Jenazah Din Beramboi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tmn Ehsan yang dijadualkan berlangsung hari ini pada pukul 11.30 pagi, peminat Din Beramboi juga boleh memberi penghormatan terakhir untuk beliau di Masjid al-Faizin Tmn Ehsan, Kepong, sebelum pukul 11 pagi ini.. Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir, sama-sama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah buat Din Beramboi…

Kami agak tiada mood untuk menulis pagi ini kerana masih lagi terkejut dengan berita pemergian abang Din Beramboi yang hampir-hampir menitiskan air mata jantan kami.. Tiada lagi orang yang akan menceriakan pagi kami selepas ini.. Tiada lagi orang yang akan membuat kami tergelak dengan lawak sepontannya lagi.. Kami rasa memang agak sukar mencari penganti abang Din Beramboi..

Apa-apa pun salam takziah dari MyGosip.com kepada ahli keluarga dan sahabat handai Din Beramboi.. Semoga roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah…

0 comments: