today nk share sket hasil pembacaan kt newspaper..
(ehh,selama ni x baca ke?hehe..jarang jeee)
banyak sangat da dengar kes pompuan kne dera ni..
xkira la kene dera dengan suami ke boipren ke kawan ke..
kaum lelaki ni jangan la nak panas baran sangat kan..
tapiiii..
ade jugak kaum pompuan ni panas baran..
conclusionnye dua2 kaum ni same je panas baran..
just bergantung kepada kawalan individu..
kalo da trase angin kus2 tu datang ape kate cari solution yang dapat menghindarkan diri dari situasi tu..
contohnye g wt solat sunat ke..
baca quran ke..
paling mudah amik air semayang lah!
susah2 sangat cara islamic tamo jalan..
tido je..
SENANG!

here comes few tips untuk mengelakkan we'll girls/ladies daripada kaki pukul ni..

  • Kenali terlebih dulu pasangan - sama ada dia jenis panas baran sebelum meneruskan perhubungan. 

  • Uji kesabaran mereka sebelum menjalin hubungan lebih serius. 

  • Andai mereka mudah marah dan memaki hamun tanpa usul periksa, fikirkan tindakan seterusnya sama ada ingin meneruskan hubungan ataupun tidak. 

  • Jika lelaki itu kerap bertindak kasar tetapi wanita itu masih menerimanya, jawapannya PADAH! Besar kemungkinan mereka boleh boleh bertindak lebih ganas andai terus dibiarkan. 

  • Setiap wanita memiliki sikap manja, sering dilabelkan ‘lembik.’ Janganlah keterlaluan kerana sikap ini sebaliknya memudaratkan diri sekiranya berlaku pergaduhan. 

  • Jangan bertindak keterlaluan seperti memaksa, mencabar dan melawan pasangan, khususnya lelaki ada sejarah panas baran, apabila berlaku pertengkaran. 

  • Kata orang, sediakan payung sebelum hujan. Sertai kelas mempertahankan diri seperti silat, judo, tinju atau sebagainya sebagai persediaan andai keadaan memaksa. 

  • Andai pertengkaran melarat ke peringkat memukul, jerit dan lari ke tempat yang ada ramai orang. Selain mendapatkan bantuan ia juga dapat mengelak keadaan menjadi lebih buruk, termasuk membahayakan nyawa anda. 

  • Jangan berdiam diri jika suami anda kaki pukul. Sebaliknya kongsi masalah itu dengan teman rapat atau ahli keluarga supaya kejadian tidak berulang selain memastikan nasib anda terbela andai berlaku kejadian tidak diingini. 

  • Jika masih dalam keadaan tertekan, hubungi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) di talian 03 7957 5636 atau 03 7957 0636. 


  • kalo agak2 kaedah atas ni sume takleh jalan jugak..
    mmg lebammmm laaaa..
    nk tunggu lagi dengan lelaki kaki pukul ni?

    macam mana pulak nk tw seseorang tu menjadi mangsa keganasan rumah tangga?

  • Ada pelbagai kesan lebam di pelbagai peringkat penyembuhan. 

  • Kecederaan pada badan. 

  • Mangsa yang beriya-iya menafikan penderaan yang berulang kali, sebaliknya mendakwa kecederaan itu disebabkan kecuaian sendiri. 

  • Mangsa sering dihina dan dihukum oleh si pelaku di khalayak ramai. 



  • haaaa..
    korang nk ke jd mangsa kaki pukul ni???
    fikir fikirkan lahhh...
    adiossss~

    0 comments: